APCO – DSAI Jawab DSN Masih Membisu & Nazri Penakut

Dari Gajah Menta

DSAI telah pun membuat pembentangan secara teperinci berkaitan dengan isu APCO, jelas beliau dapat membuktikan penglibatan badan yang di naungi oleh bekas kepimpinan rejim Israel terlibat, tapi mendedahan beliau mendapat padangan dan tindakan yang negatif oleh pihak pemerintah. malahan beliau pula yang akan diseratkan ke J/Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen?

DSAI mengemukan soalan, yang penting berilah jawapan, PM perlu menjelaskan apakah benar tuduhan tersebut berlaku dan dedahkan pula siapakah individu yang terlibat secara terus dalam APCO itu. Kita tidaklah memihak kepada sesiapa tapi penjelasan adalah yang ditunggu oleh semua lapisan masyarakat khusus berkait dengan isu ini. kalau DSAI dapat membuktikan keujudan usaha dengan pihak terbabit kenapa pula DSN dan rakan kongsi di Parlimen tidak berusaha untuk memberikan penjelasan.

Sdr. Khairy ( gambar ) selaku ketua Pemuda juga dilibatkan dengan pendedahan DSAI dalam kes ini, apa lagi, inilah masa yang sesuai untuk menziarahi balai polis seluruh negara ( tak termasuk Sarawak ) untuk membuat laporan dan moga-moga dengan laporan tersebut DSAI akan di campak semula ke penjara. Nampaknya peluang KJ untuk menjawat sebarang jawatan dalam kabinate kini mulai cerah, hanya itulah cara untuk menambat hati PM. KJ menjelaskan DSAI juga berkawan rapat dengan mereka, apakah dengan cara ini, aib DSAI dapat diteruskan? dan kelemahan dan ketidamampuan gulongan UMNO untuk bertindak balas dengan cara yang lebih profesional.

Kalau sudah tidak mampu untuk bertindak membenteras DSAI dengan isu APCO ini, YB Nazri telah menunjukan jalan yang salah dengan mengheret DSAI ke jawatankuasa Hak & Kebebasa di parlimen kerana, apakan YB Nazri terlupa kerana PERKASA pimpinan Ibrahim Ali ( gambar sebelah ) adalah NGO yang dapat mengambil alih tempat Ketua Pemuda, kerana majoriti ahli PERKASA adalah ahli UMNO dan Veteran UMNO. Kelantangan YB Pasir Mas ini untuk memperjuankan hak Melayu amat di sanjung tinggi, tapi apakah dengan isu APCO ini PERKASA akan memperkosakan hak istemewa orang Melayu dengan penyokong kepimpinan Najib. Silap langkah PERKASA yang kehilangan apa yang dikejar tak dapat dan yang digendong tercicir.

Kesimpulannya, adalah lebih baik PM memberikan penjelasan berkaitan dengan isu ini, bukannya kita mengheretnya lebih jauh lagi, rakyat telah di berikan pengtahuan, rakyat telah tahu, YB Bagan Datoh juga dah jumpa dengan orang Israel, DSAI telah memberikan penjelasan sebagaimana yang di pinta.

Janganlah seksa rakyat untuk kepentingan peribadi. Fikir-fikirkanlah masa depan negera, anak-anak bangsa yang sedang membesar, letakkan kepentingan agama kita di tempat

yang paling mulia, kerana agama anutan kita sudah dicemarkan dengan berbagai isu, ianya sudah mula dipersendakan.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.