BN berusaha gempur Selangor

Usaha merampas Selangor dari Pakatan Rakyat bermula dengan konvensyen Barisan Nasional di Shah Alam, hari ini.


Timbalan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar memulakan serangan dengan mengulangi pelbagai skandal dan kontroversi yang menggoncang Pakatan.

Bermula dengan skandal seks Elizabeth Wong kepada kenyataan MB Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka tidak memerlukan Model Ekonomi Baru, semua 1,500 hadirin terpukau dengan strategi baru itu.

Bagaimanapun, fokus majlis ini adalah bagi mendapatkan sokongan berhubung pilihan raya kecil Hulu Selangor pada hujung bulan ini. Ini khususnya, kini parti-parti komponen dilaporkan cuba melobi kerusi berkenaan.


Secara tradisinya, Hulu Selangor diserahkan kepada MIC tetapi baru-baru ini akar umbi Umno dilaporkan tidak berpuas hati dan mahukan kerusi berkenaan.

Perdana Menteri, datuk seri najib Razak yang juga pengerusi BN dijadualkan menyampaikan ucapanya petang ini dengan tema “BN mampu berubah: Cintai Selangor, Yakin BN'.

Hadir pada majlis ini adalah naib presiden MCA, Datuk Donald Lim dan presiden PPP, Datuk M Kayveas.malaysiakini

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.