Elia Suhana sedih wujud konspirasi nafikan haknya
KOTA BHARU - Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, melahirkan rasa sedih kerana dipercayai wujudnya konspirasi untuk menafikan haknya sebagai isteri Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.
Ketika ditemui pembe-rita, Cik Puan Elia Suhana memberitahu sebanyak tiga kali percubaannya untuk melawat Tuanku gagal kerana dihalang oleh pihak tertentu.
“Saya cuba melaksanakan perintah lawatan yang diberikan mahkamah sebanyak tiga kali. Dua kali semasa Tuanku di rawat di Singapura dan sekali di Istana Mahkota, Kubang Kerian.
“Namun perintah itu gagal disempurnakan kerana dihalang oleh pihak tertentu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mah-kamah Tinggi Syariah, dekat sini, semalam.
Menurutnya, sehingga kini beliau masih tidak dapat berjumpa dengan suaminya itu.
“Saya tidak akan berputus asa selagi saya masih bergelar isteri Tuanku dan Insya-Allah saya akan memperjuangkan hak saya sebagai isteri.
“Saya sangat sedih kerana dinafikan hak sebagai seorang isteri oleh pihak ketiga bukan oleh suami saya sendiri,” katanya dalam nada sebak.
Cik Puan Elia Suhana berkata, beliau sentiasa berdoa kepada Allah agar kebenaran berpihak kepadanya suatu masa nanti.
“Perkara ini melibatkan orang ketiga, saya tidak kenal siapa dia.
“Saya rasa seolah-olah wujudnya satu konspirasi untuk menafikan hak saya sebagai isteri,” katanya.
Menurutnya, beliau percaya Tuanku tidak akan buat perkara seperti itu terhadapnya.
“Saya akan cuba sedaya upaya dan sentiasa berharap agar saya dapat berjumpa Tuanku suatu hari nanti.
“Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan berharap agar Tuanku kembali sihat dan sentiasa dilindungi Allah,” katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment