Ezam serah dokumen, Khairy mahu Hisham, Zahid siasat Anwar

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 23 April — Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu menyerahkan beberapa dokumen dipercayai mengandungi bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim — yang Umno-BN mendakwa beliau cuba melindungi skandal bekas presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, seorang keturunan Israel — kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan.

“Saya akan serahkan dokumen ini kepada Menteri Pertahanan (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) supaya siasat dengan lebih lanjut apakah ini akan beri ancaman kepada keselamatan negara.

“Saya bimbang sekiranya ada sesuatu di sebalik hubungan akrab mereka berdua, sebab itu saya serahkan kepada kedua-dua kementerian tersebut terlebih dahulu untuk membuat siasatan terperinci,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.

“Jika perkara ini berhubung kait dengan keselamatan negara tidak sesuai rasanya untuk saya dedahkan kepada umum dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas ceramah Pentas Pemuda “Ini Kisah Sebenar” di Bukit Beruntung malam tadi.

Pada majlis kempen itu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, menyerahkan dokumen tersebut kepada Khairy.

“Dalam dokumen ini mengandungi surat dan laporan akhbar yang sudah diketahui umum mengenai hubungan antara Anwar dan juga Wolfowitz.

“Selain itu, ia juga mengandungi dokumen yang berhubung kait mengenai siasatan yang dibuat Bank Dunia berhubung kes teman wanita bekas presiden Bank Dunia iaitu Shaha Ali Riza,” katanya.

Menurut Khairy, isu dalam perkara ini adalah Anwar sebagai Pengerusi Foundation for The Future telah menyelamatkan kawannya itu dengan mengambil Shaha bekerja dengan yayasan tersebut.

“Perkara ini menimbulkan kontroversi dan saya melihat perkara ini kemungkinan besar berhubung kait dengan keselamatan negara,” katanya.

Ketika ditemui wartawan di sini kelmarin, Ezam berkata beliau akan membekalkan Barisan Nasional (BN) dokumen yang didakwanya boleh membuktikan Ketua Umum Pakatan Rakyat bersekongkol Israel.

Dokumen-dokumen itu menurut Ezam antaranya ialah surat Anwar agar teman wanita Wolfowitz dipinjamkan ke Foundation for the Future.

Surat bertarikh 1 Okt 2006 ditulis kepada Robin Cleveland, Kaunselor Bank Dunia oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future ketika itu.

Dalam pada itu, Ezam ketika berucap pada ceramah malam tadi mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar tampil menafikan segala dakwaan mengenai surat yang membuktikan bahawa beliau bersubahat melindungi skandal seks Wolfowitz.

“Hari ini saya tampilkan surat yang ditandangani oleh Anwar untuk selamatkan seorang Yahudi yang anti-Islam (Wolfowitz) bagi melindungi skandal tersebut.

“Dalam dokumen ini Anwar telah terlibat secara langsung dalam percubaan untuk melindungi Wolfowitz daripada skandal tersebut dengan bersubahat menerima Shaha Ali Riza untuk dipindahkan ke sebuah yayasan yang bernama Foundation For The Future.

“Anwar menuduh kita bersubahat dengan sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan warga Israel sedangkan beliau sendiri bersubahat dengan presiden Bank Dunia yang juga seorang Yahudi yang turut merancang perang ke atas Iraq.

“Surat dan dokumen ini jelas membuktikan hubungan akrab antara Anwar dan Wolfowitz malah beliau juga merupakan alat dan perkakas kepada Wolfowitz,” katanya.

Ezam mahu ketua pembangkang itu menafikan surat-surat tersebut.

“Saya nak dengar sendiri dari mulut beliau (Anwar) sama ada betul ataupun tidak mengenai surat-surat ini.

“Beliau boleh saman saya di mana-mana sahaja tetapi setakat hari ini beliau masih belum mengambil sebarang tindakan ke atas saya mengenai dakwaan ini... mengapa?” katanya lagi.

“Anwar perlu menjawab perkara ini dengan jujur kerana ia adalah satu perbuatan yang mengkhianati umat Islam dan juga sebagai rakyat Malaysia dia juga telah mengkhianati negara ini apabila dia sanggup menjadi alat dan perkakas kepada seorang Yahudi,” katanya lagi.


hang beruk!

No comments

Powered by Blogger.