Gerakan Kata Kerajaan Jangan Tunduk Dengan Perkasa

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow menggesa kabinet agar membela maruah diri, dan mempertahankan keputusan untuk menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi Perundingan Antara Agama, sebaliknya jangan tunduk kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang umpama "lalat kecil".

Malah, Teng Chang Yeow mengibaratkan tindakan "sesetengah pihak yang mempertikaikan kuasa Jawatankuasa Khas ini sebelum mesyuarat pertama sempat diadakan" sebagai bunuh sebelum lahir.

Beliau menganggap kabinet yang telah mara selangkah ke depan dalam menangani isu sensitif seperti agama ini tidak harus mengundur sepuluh langkah, apabila berdepan dengan tekanan.

Lebih-lebih lagi, tekanan ini hanya datang daripada "lalat kecil".
Teng Chang Yeow berkata, disebabkan pertikaian yang tidak harus wujud ini, keyakinan anggota Jawatankuasa Khas bagi Perundingan Antara Agama ini telah terjejas. Mereka mula meragui sejauh manakah peranan dan keberkesanan Jawatankuasa Khas bagi Perundingan Antara Agama yang dipimpin menteri kabinet ini.

*Kenyataan media oleh Teng Chang Yeow selaku Setiausaha Agung Gerakan. Diterjemah dari kenyataan bahasa Cina.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.