Hamidah Osman Mengamuk Kena Gertak Kat Khalid Ibrahim?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan BN bahawa Pakatan Rakyat menyalahgunakan jentera kerajaan negeri dengan menyelenggaran pentadbirannya di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Khalid sebaliknya berkata, perkara tersebut hanyalah “amalan standard”.

“Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Persekutuan sama ada mereka juga menggunakan pejabat agensi kerajaan seperti Kemas, Rela dan Jabatan Penerangan,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Wanita BN,Hamidah Osman, semalam yang dilaporkan berkata tindakan Pakatan itu menimbulkan keraguan sikap berhubung berkecuali pegawai daerah yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil. BN juga menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pegawai pengurus pilihan raya kecil, Nor Hisham Ahmad Dahalan.

Bercakap dalam sidang media ketika sidang DUN Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, Khalid berkata, pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kemudahaan Kerajaan Negeri.

perakume

kahkahkahkah...taik orang nampak kononya busuk tapi taik sendiri dipejam mata walaupun busuk!


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.