Hulu Selangor – soal maruah

Soalnya siapa yang akan menang? Apa impak kemenangan tersebut? Adakah ini akan menunjukkan penerimaan masyarakat atau ia hanya sekadar pilihan raya kecil yang tidak akan memberi apa-apa petunjuk terhadap PRU 13 nanti. Adakah kemenangan untuk BN akan menunjukkan BN/UMNO sudah diterima kembali oleh rakyat – setidak-tidak kawasan setempat? Apakah petunjuk yang dapat pilihan raya Hulu Selangor ini berikan pada senario politik semasa? Adakah Pakatan Rakyat semakin tersisih dengan kemelut lompat yang baru-baru ini terjadi atau ia tidak memberi kesan kepada PR.

Ini bukan tempat untuk kita menilai – BN atau Pakatan Rakyat yang di terima rakyat. Setiap kawasan mempunyai geografi politik masing-masing. PR telah memenangi kerusi ini pada PRU 12 lalu dan usaha untuk mencabar kerusi ini mampu sedikit sebanyak menaikkan moral BN dan UMNO dan sesungguhnya memberi kesan sedikit kepada BN dari segi maruah MIC yang selama ini dikatakan telah di tolak oleh masyarakat India.

Semua berdebar – jika BN memang maka sinopsis yang akan di buat adalah rakyat telah menerima kembali BN kembali dan sekiranya PR memang maka sinopsis mereka adalah BN telah ditolak rakyat. Apa juga ia melibatkan pandangan terhadap BN dan PR. Apa pun ini akhirnya menjadi isu persepsi yang akan dapat membantu menyempurnakan sementara kedudukan mereka di pandangan mata rakyat.

Apa sebenar petunjuk dan persepsi yang akan diberikan kepada kita nanti. Adakah sokongan kaum India akan memberi kemenangan pada MIC lantas BN akan mengatakan bahawa BN dan UMNO sudah di terima semula. Adakah kemenangan calon India akan melonjakkan moral 1 Malaysia. Adakah ini termasuk dalam ciri-ciri penerimaan 1 Malaysia atau hanya terkandung dalam isu kepartian sahaja. Apa harapan masing-masing pada PRU kecil?

Apa pun rakyat sepatutnya menilai. Melantik wakil bukan bererti rakyat memberi mereka kuasa dan kemewahan. Melantik mereka bererti mereka telah diberi tanggungjawab untuk merealisasikan harapan rakyat. Ini bermakna mereka adalah wakil untuk menyuarakan suara rakyat – ingat rakyat dan bukan masalah politik dalam parti mereka bila mereka sampai di parlimen nanti. Ini bukan soal personaliti mereka tetapi soal berapa rapat mereka dengan rakyat dalam mendengar dan mengambil inisiatif untuk membela nasib kawasan mereka. Mereka bukan ke parlimen untuk mempertahankan institusi parti mereka sahaja tetapi melangkau jauh membawa suara rakyat tempat yang diwakili untuk di perjuangkan. Adakah ini nampak wujud dalam wakil – wakil kita ke parlimen atau mereka sibuk mempertahankan kedudukan parti dan cuba untuk memperjuangkan agenda parti untuk membentuk kerajaan semata-mata. Kalau semua sibuk dengan perjuangan parti sahaja siapa yang akan mendengar rintihan rakyat, kehendak rakyat dan harapan rakyat. Adakah parlimen sepatutnya dijadikan tempat untuk menceritakan isu-isu menentang parti – kepimpinan parti dan hanya membicarakan perkara-perkara yang dekat dengan wakil sahaja tetapi jauh dari rakyat.

Kita perlu berubah. Kita perlu mengambil sikap lebih proaktif. Rakyat setempat perlu tahu apa yang sebenarnya wakil mereka perjuangkan – bukan sekadar menghantar mereka ke parlimen untuk mereka masuk dengan pakaian glamor – berkot dan duduk bersandar dengan gelaran YB. Rakyat perlu menyoal – perlu tanya apa yang di perjuangkan dan apa keputusan yang dibawa oleh wakil mereka untuk rakyat tempat yang diwakili. PRU 13 nanti perlu berubah – kita rakyat jadi agen perubahan. Kita rakyat perlu menilai – sekiranya wakil mereka benar-benar mewakili mereka atau sekadar dilantik untuk dijadikan YB yang tidak hormat kepada rakyat yang diwakili.

http://umno-reform2.com/front/index.php


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.