Israel Lebih Suci Dari Anwar

BN hadapkan Anwar ke Jawatankuasa Khas Parlimen

Barisan Nasional (BN) akan merujuk perihal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa khas mengenai hak dan kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya mengenai konsep "1 Malaysia 1 Israel".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tindakan diambil ekoran Anwar dilihat gagal memberikan hujah- hujah kukuh berhubung dakwaan beliau itu.

Anwar dalam ucapannya ketika hujah penggulungan terima kasih ke atas titah Yang di-Pertuan Agong, di hari pertama Parlimen mendakwa 1Malaysia diciplak daripada 1 Israel.

"Selepas mendengar hujah Anwar di Parlimen Selasa lalu, kita melihat tiada bukti kukuh berhubung dakwaan beliau bahawa 1 Malaysia diciplak melalui konsep 1 Israel," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Malah menurut Nazri, pihak Apco Worldwide yang merupakan agensi perunding lantikan kerajaan, berpusat di Washington turut menafikan bahawa mempunyai kaitan kepada penubuhan konsep 1 Malaysia itu.

Tambah Nazri lagi, perkara ini dilihat berlaku selepas Anwar cuba memberi gambaran bahawa agensi perunding itu mempunyai hubungan secara langsung dengan diktator seluruh negara. Surat berhubung hal ini juga akan diserahkan kepada Speaker Pandikar Amin Mulia esok dan berharap akan diselesaikan dalam sidang kali ini.
Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen untuk jangka masa yang ditetapkan
oleh jawatankuasa berkenaan.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.