Jentera Pas siap sedia hadapi parti lawan

SHAH ALAM - Pas sudah bersiap sedia menggerakkan jentera pilihan rayanya pada bila-bila masa untuk menghadapi Pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, atas semangat setia kawan Pas akur dan menyokong calon penuh kerusi tersebut dikekalkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah jentera Pas sentiasa bersiap sedia membantu PKR menghadapi pilihan raya kecil itu.

“Pas akan memberi sepenuh sokongan dari segi sumbangan tenaga, wang ringgit dan sebagainya dan kita juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk membantu PR menghadapi pilihan raya itu.

“Jentera parti dari Selangor dikerahkan untuk berjuang berhabis-habisan dalam kempen di mana kami akan memastikan setiap pengundi di Hulu Selangor akan ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawai berkata, Pemuda Pas juga memberi sokongan padu kepada PKR untuk menghadapi pilihan raya kecil itu terutama dalam mendekati golongan muda di Parlimen Hulu Selangor bagi memastikan kerusi kekal di tangan PR.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.