Keikhlasan Najib kepada pengundi Cina bernilai RM 3 juta sahaja

http://syukran.files.wordpress.com/2010/04/29147_1395801945441_1544000900_30973094_4725415_n.jpg?w=540&h=344

“hutang saya sudah langsai,” kata Najib ketika menyerahkan cek RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor hari ini…Wah! bongkaknya Presiden Umno ini kepada pengundi-pengundi Cina yang menolak BN dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

Yang nyata, keikhlasan seseorang itu tidak boleh dinilai sama ada melalui lisan atau pun tindakannya 100 peratus tapi sekurang-kurangnya kita masih dapat membaca tahap keikhlasannya bila apa yang dibuatnya itu diungkit-ungkit.

Pemberian cek RM 3 juta itu adalah ‘sedekah’ Najib kepada pengundi Cina demi untuk menarik perhatian masyarakat Cina diseluruh negara bahawa BN tidak kedekut pada mereka. Ini juga adalah strategi Najib untuk memulihkan pengaruh BN kalangan kaum Cina, menjelang Pilihanraya Kecil Sibu yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina.

Dalam sudut lain, Najib sebenarnya tidak berhutang apa-apa pada penduduk, tapi beliau sendiri yang cari penyakit untuk berjanji setelah terdesak untuk memenangkan calon BN, Kamalanathan di Hulu selangor.

Jika Najib benar-benar ikhlas bukan kaum cina sahaja, sekolah-sekolah Agama Rakyat banyak juga yang perlukan bantuan kerajaan. Begitu juga sekolah vernakular Cina dan India ditempat-tempat lain yang selama ini tidak mendapat perhatian Kerajaan kecualilah jika Adun atau ahli parlimen kawasan mereka sudah meninggal.

Rakyat yang bijak hanya akan ketawa dan senyum melihat sitcom lawak Najib hari ini…lepas ini rakyat Sibu jangan lupa..mintalah apa sahaja dari Najib….

http://syukran.wordpress.com/2010/04/28/keikhlasan-najib-kepada-pengundi-cina-bernilai-rm-3-juta-sahaja/#more-4694

1 comment

azman kamarul said...

Dia sedang "membeli" hati orang cina supaya tunduk di bawah telunjuk 1malaysia 1israel tu.

Melayu-umno bolehlah dia tipu....

Powered by Blogger.