Kerajaan Negeri beri keutamaan kemudahan masjid
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memberi keutamaan kepada kemudahan masjid dan madrasah di negeri ini untuk keselesaan umat Islam beribadat.
Imam Masjid Mukim Teluk Kintan merangkap Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis Tindakan DUN (MTD) Chem-paka, Che Hassan Mamat berkata, peruntukan khas disediakan untuk membaik pulih sebarang kerosakan yang berlaku dalam kadar segera.
“Sebagai negeri yang berada di bawah pemerintahan Pas, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan masjid dan madrasah sentiasa berada dalam keadaan baik dan memberi keselesaan kepada pengguna.
“Buat masa sekarang, peruntukan sebanyak RM2,000 diberi kepada setiap masjid dan madrasah yang memohon untuk peruntukan baik pulih,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika ditemui di Pejabat DUN Chempaka, semalam.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan bantuan baik pulih masjid dan madrasah, Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga Takaful Kifalah dalam DUN Chempaka berjumlah RM21,000.
Che Hassan berkata, setakat ini sebanyak 11 buah masjid dan madrasah dalam DUN Chempaka menerima peruntukan masing-masing untuk tujuan berkenaan.
Katanya, jumlah itu akan berubah mengikut keperluan baik pulih bangunan dari semasa ke semasa namun dalam masa sama, pihaknya turut berharap orang ramai tampil membantu membaik pulih tempat ibadat kawasan masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada peruntukan Kerajaan Negeri.
“Masjid dan madrasah adalah kegunaan bersama, jika ada kerosakan kecil yang berlaku, lebih bagus kiranya dapat bersama-sama menyelesaikan tanpa menunggu bantuan Kerajaan Negeri.
“Tambahan pula, sumbangan untuk masjid dan madrasah sudah tentu merupakan fardu Kifayah yang akan besar pahalanya selagi ianya dimanfaatkan oleh orang ramai,” katanya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment