Kes Anwar Saman Dr Chandra Ditangguh

KUALA LUMPUR 9 Apr - Kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar di yang sepatutnya didengar di Mahkamah Tinggi hari ini ditangguhkan atas permintaan peguam Dr Chandra.

Menurut peguam Sankara Nair yang bertindak bagi pihak Anwar, pihak mahkamah akan menetapkan tarikh baru bagi mendengar kes tersebut.

Anwar menyaman Dr Chandra ekoran dakwaan kenyataan fitnah yang dikeluarkannya dalam satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008 dan kemudiannya disiarkan dalam akhbar.

Pada 7 Ogos 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra untuk membekalkan butiran dan maklumat lanjut mengenai 64 soalan kepada pemimpin KEADILAN itu.

Dalam satu pernyataan pembelaan, Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu berhubung Anwar yang kemudiannya disiarkan di dalam dua akhbar harian berbahasa Inggeris pada 5 Mac 2008.

Alternatifnya, beliau mendakwa jika perkataan yang digunakannya itu fitnah, yang dinafikan beliau, perkataan-perkataan itu disiarkan pada satu keadaan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.