Konon Nak Perbodohkan Rakyat Tapi Noh Lagi Bodoh!

Noh nafi pamerah mini Maha ada kaitan dengan p'raya

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Partanian (Mini Maha) yang diadakan di Hulu Selangor mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Beliau berkata program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian.

"Program Mini Maha ini telah dirancang lebih awal untuk diadakan dan Hulu Selangor dipilih sebagai tuan rumah kali ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Mini Maha, di Hulu Selangor malam tadi.

Beliau berkata satu pameran Maha peringkat antarabangsa juga akan diadakan pada November ini dan antara negara yang dijangka menyertainya ialah Australia dan New Zealand serta negara Eropah.

"Kami mensasarkan 2 juta pengunjung pada pameran itu nanti," katanya.

Di majlis malam tadi, Noh turut mengagihkan RM6.4 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu sektor pertanian, penternakan dan penanaman di daerah Hulu Selangor.

Antara yang menerima peruntukan itu ialah pengusaha kolam (RM190,000), penanam nenas (RM15,000) dan sebanyak RM10,000 diberi kepada pihak veterinar bagi mengadakan program protein untuk rakyat.

- Bernama

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.