Majlis Pengumuman Calon BN Mendebarkan!
KURANG enam jam lagi BN akan mengumumkan calonnya di Bukit Sentosa, Selangor. Apakah pengumuman itu akan sentoasa seperti tempat itu atau pun sebaliknya menjadi huru hara? Ada tanda-tanda pengumuman calon itu tidak begitu sentoasa. Ini kerana kekalutan soal siapa yang akan dicalonkan masih terus menjad pertikai antara MIC dengan Umno.
MIC mahukan G Palanivel manakala Umno mahukan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan. Samy Velly yang mahukan Palanivel berjuang habis-habisan agar calonnya itu diambil. Semalam sebayak 18 Ketua Bahagian MIC telah membuat sidang akhbar mendesak pucuk pimpinan BN agar memilih G Palaivel bertanding di Hulu Selangor.
Desakan itu dikira kemuncak usaha kumpulan itu supaya mengambil Palanivel. Sudah tentu juga 11 ketua bahagian itu mereka yang berdiri teguh dengan cotai di belakang Samy Vellu dan Palanivel. Ingat usaha menjatuhkan Samy Vellu selama ini tidak pernah berjaya.
Terbaru Samy Vellu membayangkan memecat Mugilan sekiranya timbalan ketua Pemuda MIC itu menerima pencalonannya oleh Umno kelak. Tindakan Samy Vellu itu sudah dilihat benar-benar terdesak sehingga beliau sanggup menggunakan kuasa vetonya.
Alasan digunakan Umno kenapa Palanivel ditolak kerana belau gagal memberi khidmat baik selama menjadi wakil rakyat di Hulu Selangor. Bukan saja orang Melayu dan Cina, orang India dan orang Asal juga kecewa dengan perkhidmatan Palanivel. Bagi Umno mereka perlu memang di kerusi erkenaan untuk menjaga maruah dan menaikan imej parti berkenaan yang semakin dilindungi Pakatan Rakyat kini.
Jika dilihat secara logik dan semangat BN Umno tidak sepatutnya bekeras. Umno kena patuh dan setuju siapa saja calon dikemukakan MIC. Tetapi kali ini Umno bermain kasar dengan MIC. Malahan mulanya Umno cuba mencuri kerusi berkenaan dengan mencadangkan Umno yang bertanding di situ.
Bekas MB Selangor telah pun ditonjolkan untuk diturunkan semula. Bagaimana pun gimik itu tidak menjadi. Nama Muhammad Mohd Taib tenggelam dan kain pemindang menyokongnya juga sudah dicabut dan dibakar! Selain itu slogan 1 Malaysia juga turut menghalang untuk Umno mencuri kerusi berkenaan. Pun begitu Umno terus menguasai pilihan raya itu dengan mahukan Mugilan.
Yang kita tunggu ialah petang ini di Bukit Sentosa. Apakah Umno akan terus dengan hasratnya dengan mengumumkan Mugilan sebagai calon? Kalau menurut kenyataan Muhyiddin dan Najib mereka tidak akan berundur lagi. Mereka sudah membuat keputusan bahawa calonnya dari MIC, tetapi bukan Palanivel. Muhyiddin telah tegas mengatakan calon BN ialah anak tempatan, orang baru dan orang muda.
Sekirangnya calon itu diubah petang nanti, jelas bahawa Muhyiddin dan Najib tidak dapat mempertahankan pilihan mereka. Ini juga menunjukkan bahawa desakan dan pengaruh MIC ke atas Umno terlalu kuat. Cakap dan tindakan Samy Velu juga masih keramat dan sakti. Kegagalan Umno mengemukakan calon selain Palanivel menunjukkan parti itu tidak mampu mempengaruhi parti MIC.
Sebaliknya kalau Mugilan tetap diumumkan, menunjukan Muhyiddin dan Najib tidak tunduk kepada kehendak Samy Vellu. Mereka juga telah membelakangkan keputusan MIC. Ini juga boleh dimengertikan bahawa Umno telah hilang kepercayaan kepada MIC. Untuk Samy Vellu sendiri bolehlan beliau mengetam papan untuk membiki keranda politiknya.
Apakah pilihan raya kecil Hulu Selangor ini sebagai medan untuk Umno mengorban dan mengnyahkan MIC dari BN kerana mereka sudah ada pengganti dan kuasa baru, iaitu parti serpihan Hindraf? Ini patut disedari oleh MIC. Mereka juga boleh mengukur sejauh manakah setiakawan Umno dalam BN. Bahawa Umno akan melayan sesuatu parti itu selama parti itu kuat saja dan akan melupainya bagaimana gadis meludahi sempah tebu.
Nampaknya krisis antara Umno dan MIC mengenai calon ini panas dan boleh merebak ke aspek lain. Apakah di bukit Sentoasa petang ini akan ada pemboikotan majlis berkenaan? Apakah kumpulan Samy Vellu yang inginkan Palanivel itu tidak akan hadir apabila mereka mengetahui bahawa Palanivel tidak akan menjadi calon? Atau pun mereka akan hadir dan tanpa membawa bunga manggar dan tidak akan bertepuk tangan selepas Mugilan diumumkan?
Sesuatu yang menarik yang boleh disaksikan kalau kemungkinan ini berlaku. BN akan berhadapan dengan pilihan raya kecil ini dalam keadaan tidak tenteram. Sudah pasti kalau ada pemboikotan petang ini menyebakan pada 17 April nanti akan ada calon bebas yang menjadi proksi kepada Samy Vellu dan MIC. Mungkin bagi Samy kalau Mugilan kalah di kerusi itu lebih bagus daripada menang kerana kalau menang, kemenangannya kepada Umno dan akhirnya akan menamatkan riwayat politiknya sebagai presiden?
Khabarnya sudah sembilan keping borang calon telah dibeli oleh orang tertentu. Apakah dalam sembilan orang itu termasuk mereka yang akan mencalonkan diri seagai calon bebas sokongan MIC?
Perkembangan mutkhir ini menunjukkan tidak ada apa-apa upaya lagi untuk BN mengatasi kemelut pemilihan calon antara MIC dengan Umno ini. Khabarnya kata sepakat dicari ke saat akhir hingga semalam, namun belum berhasil.
Sekiranya Umno, khasnya Muhyiddin dan Najib Razak tidak menemui ubat pelali, nampaknya bukan senang untuk melegakan kemabukan orang-orang MIC yang terus mahukan kepada Palanivel. Kegagalan Muhyiddin mendapatkan ubat mujarab ini ia memberi natijah buruk kepada BN dalam pilihan raya raya.
Sebaliknya kalau suasana pengumuman calon petang ini aman dan sentoasa, menjelaskan Muhyiddin berjaya untuk mendapat ubat pelali menenangkan kemabukan pihak tertentu. Cuma perlu diingatkan ubat pelali itu bersifat sementara saja, selepas dosnya habis dos, mabuk itu akan kembali semula. Amukan selepas sedar dari lali menjadi lebih hebat dan membayakan lagi.
http://msomelayu.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment