MB Selangor: ‘Peluang menang bagus tapi 50:50’

Oleh G. Manimaran dan Syed Jaymal Zahiid

HULU SELANGOR, 23 April — Pakatan Rakyat meletakkan peluang untuk mengekalkan kerusi Parlinen Hulu Selangor masih 50:50 walaupun optimistik bahawa kemenangan akan memihak mereka.

“Peluang 50;50, tetapi bagus, boleh kekalkan kerusi... saingan cukup sengit,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pemberita selepas sesi penerangan isu projek pembangunan tanah Felda Sungai Buaya yang terbengkalai di Bandar Sungai Buaya di sini, pagi ini.

Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya Jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil ini berkata demikian ketika mengulas peluang calon mereka Datuk Zaid Ibrahim untuk mempertahankan kerusi ini, yang pertama kali dimenangi pembangkang dua tahun lalu.

Sambil mengulangi saingan “cukup sengit”, Khalid menggambarkan persekitaran yang sukar dengan berkata, “nak dapatkan satu undi, kena bayar RM10,000, macam mana?”

“Pakatan Rakyat tak ada duit macam itu,” katanya.

Perkara itu kemungkinan dirujuk kepada sumbangan RM50,000 yang dipercayai akan dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya petang ini sebagai bayaran awal sementara menanti penyelesaian kekal kepada masalah 16 tahun.

Bayaran itu dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menemui penduduk Sungai Buaya petang ini.

Dalam kenyataan hampir serentak di Kuala Kubu Baru, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula sambil menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim kini sebagai “underdog” berbanding calon Barisan Nasional (BN) menggesa Pakatan Rakyat supaya tidak selesa, sebaliknya bekerja keras untuk mendapatkan setiap undi.

“Lampu merah sudah kelihatan,” kata beliau mengenai “amaran itu” pada sidang media pagi ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Pakatan Rakyat pula kini mengekorti BN untuk memenangi pilihan raya, Ahad ini.

Lim juga mengakui beliau tidak menjangkakan sokongan signifikan akan diperoleh daripada pengundi majoriti Melayu dan juga masyarakat India.

BN mempertingkatkan kempennya dengan Najib yang juga Pengerusi BN sendiri turun gelanggang kelmarin sambil menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai satu referendum ke atas program pentadbirannya dan kepimpinan baru MCA.
Discover the New Dell™ Studio 14 at PIKOM PC Fair 2010!

Najib akan turun lagi petang ini untuk menguatkan kempen BN.

Malam ini Pakatan Rakyat akan menurunkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk meraih sokongan ketika Zaid pula berhadapan dengan serangan bertubi-tubi BN, antara lain membangkitkan soal moral beliau.

Beberapa hari lalu pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan kemungkinan akan memperoleh majoriti 3,000 hingga 5,000 undi.

Awal minggu ini Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas meramalkan kemenangan memihak BN dengan kelebihan 3,000 undi.

No comments

Powered by Blogger.