Mengapa Dr Pornthip Tidak Dibenarkan Masuk Kelantan?

Oleh Fazli Othman

KUALA LUMPUR 12 Apr - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng hari ini menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 8(1) berhubung dakwaan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bahawa kerajaan Malaysia memberi "tekanan politik" di dalam inkues Teoh Beng Hock.

Lim dalam notis tersebut meminta dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand itu disiasat mengapa beliau tidak akan hadir memberikan keterangan dalam inkues Beng Hock 20 April sama ada ia disebabkan tekanan politik dari kerajaan Malaysia dan juga insiden beliau tidak dibenarkan masuk ke negeri Kelantan awal tahun ini.

"Rakyat berhak diberitahu mengenai kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya benar, apakah sebab beliau dihalang masuk ke negeri Kelantan dan apakah bentuk ancaman sekiranya beliau dibenar masuk ke Malaysia, adakah beliau seorang penganas atau pengintip asing?

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan Dr Pornthip berbohong di dalam inkues tersebut, apa bukti yang Menteri ada untuk mempertahankan dakwaan itu dan sekiranya tiada, adakah kenyataan beliau itu satu penghinaan mahkamah," soal Lim dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Ipoh Timur pagi tadi.

Semalam, laman portal berita Malaysiakini memetik Nazri sebagai berkata Dr Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! Dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," kata Nazri semalam.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.