Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas

Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menter pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.

"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,000 kepada golongan peneroka di situ.

Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.

Turut bercakap dalam sidang media sama ialah pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan kira-kira 1,000 yang hadir dalam program berkenaan merupakan golongan warga emas.

"Pintu tandas dewan pun dikunci, kasihanlah sebab yang datang ini ramai orang-orang tua," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah penyelaras parlimen BN Hulu Selangor Datuk G Palanivel, wakil rakyat Ulu Bernam Datuk Idris Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan bawah kementerian Shafie.

sedih..sedih..sedih..sedih...


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.