Mic Semakin Berani Dan Besar Kepala! Sekarang Dah Pandai Mengugut Dan Meminta?

Hj. Anuar - Ketua Penerangan MIC Kamalanathan akan bertanding di PKR Hulu Selangor pada 25 April. Ironiknya, secara tak langsung satu nama besar MIC telah terluka, lantas berputih matalah Datuk G Palanivel dan seorang lagi tokoh MIC V Mugilan.

Palanivel yang disokong kuat oleh Presiden MIC, DS S Samy Vellu nampak terkedu dengan jalan tengah yang dibuat oleh UBN. Samy enggan berganjak malahan telah bersedia memecat V Mugilan, yang dikatakan proksi Umno untuk dicalonkan.

Lantas, dengan bijak Timbalan Pengerusi BN, TS Muhyiddin Yassin memintas dengan mencalonkan Kamalanathan. Samy sebelum ini tidak membuat apa-apa pendirian mengenai Kamalanathan sebelum ini. Terperangkap.

Senarionya menjadi menarik kerana semasa pengumuman nama calon itu, oleh Muhyiddin, Timbalan Pengerusi MIC (Palanivel) telah lesap daripada pandangan umum. Pastinya dia kecewa kerana serata alam bila namanya dicanang sebagai calon oleh Samy Vellu.

Ada dua faktor yang boleh dilihat iaitu, Palanivel yang telah sekian hari bekerja keras menyiapkan diri untuk menjadi calon dan suara Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang mahukan dia bertanding seakan tidak berkesan. Desakan dan desakan sehingga detik-detik terakhir juga tidak merubah pendirian UBN.

Dengan mudah dicongakkan oleh Umno bahawa Palanivel tidak layak bertanding... dan jika dijadikan calon... UBN akan kalah. Ertinya seorang Timbalan Presiden parti komponen terbesar BN juga tidak mempunyai kualiti seorang calon yang wibawa.

Apakah selama empat penggal sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Zainal pada PRU12 yang lepas, Palanivel tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen Hulu Selangor. Empat penggal bukan tempoh pendek untuk MIC memastikan pembangunan dan penyelesaian masalah penduduk setempat.

Apa-pun telah disebarkan bahawa Palanivel akan diangkat menjadi seorang senator dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri. Begitulah tuah kekuatan Samy Vellu.... kalah juga PM DS Najib Tun Razak dan Muhyidin akan tekanan MIC. Terpaksa menawarkan satu lagi jawatan Timbalan Menteri untuk menutup aib.

Muhyidin ternyata sudah termalu dengan pendiriannya untuk meletakkan calon pilihan pucuk pimpinan tertinggi BN. Termalu kerana sejak awal menolak Palanivel. Akhirnya menelan segalanya dan beralah menawarkan jawatan kabinet. Mugilan juga terpaksa akur dengan kehendak Samy Vellu kerana bimbang dipecat. Samy kini menjadi Hero semula. Dalam usaha UBN memerangkap Samy, akhir UBN masuk perangkap.

Yang jelasnya, berhati-hatilah semua komponen BN, bahawa kata putus presiden parti masing-masing bukan semestinya diikuti pucuk pimpinan BN.

Selain itu ternyata Muhyiddin akur bahawa calonnya bukan anak tempatan seperti dilaung-laungkan. Satu pembohongan nyata tetapi terpaksa. Maka akan berdepanlah UBN dengan tiga penjuru musuh dalamannya sendiri. Usaha memperbetulkan persepsi penyokong Palanivel, usaha untuk memaklumkan kepada penyokong MIC bahawa presiden MIC masih mempunyai taring berbisa dan usaha untuk memperkenalkan Kamalanathan yang kurang dikenali sepertimana Mugilan selaku anak tempatan.

http://politikbanjar.blogspot.com/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

Anonymous said...

jangn main2..mic ni boleh menang tau...dia punya calon memang power...respek lah...memang dia boleh tarik pengundi...jangn kata..

Powered by Blogger.