Muhyiddin Habis Modal Kempen Untuk Calon MIC? Patut La mahatihr Tak Mai

TPM: Nama calon BN cermin 1Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata nama calon BN - P Kamalanathan - mencerminkan konsep 1Malaysia.

" Kamal, Alan dan Nathan," katanya yang berjuang untuk semua kaum.

Kamalanathan adalah atara empat calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Beliau akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid ibrahim dan dan dua calon Bebas - VS Chandran dan Johan Mohd Diah.

Bercakap kepada pemberita, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berharap persaingan empat penjuru itu tidak akan menjejaskan peluang BN.

Katanya, BN tidak bimbang kerana calonnya mempunyai rekod yang bersih, kuat bekerja dan mempunyai kelayakan sewajarnya.

Kamalanathan juga, tegas Muhyiddin, adalah seorang budak kampung dan bukan berasal dari keluarga yang kaya.

Sementara itu, Kamalanathan pula berkata, beliau akan berusaha meyakinkan rakyat supaya memberi kemenangan kepada BN," katanya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.