Nik Aziz main wayang: Ahmad Bashah

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seolah bermain wayang dan bersandiwara apabila sebelum ini beliau berhasrat untuk melepaskan jawatan yang disandangnya lebih 23 tahun lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah berkata, ini menunjukkan kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini tidak ikhlas dan berbaur gimik politik semata-mata, hanya untuk meraih sokongan supaya beliau dikekalkan jawatannya.

“Kalau benar ikhlas mahu melepaskan jawatan, dia boleh menolak dengan baik apabila ditawarkan semula jawatan itu. Orang beri, dia boleh tolak, dan cadangkan nama calon yang layak,” katanya.

Majlis Syura Ulama Pas, kelmarin mengekalkan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am Pas manakala Datuk Dr Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am bagi sesi 2010-2015.

Ahmad Bashah berkata, walau siapa pun yang menyandang jawatan terbabit, UMNO tidak sedikit pun rasa tergugat atau gentar, kerana UMNO akan terus agresif merangka strategi untuk menawan semula negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat.

“Walaupun sebelum ini Nik Abdul Aziz begitu lantang dan agresif menghentam BN dan UMNO, tetapi pelantikan semula beliau itu tidak akan jejaskan apa-apa. Biarlah, itu hal rumah tangga Pas, kita bukannya mahu campur tangan, tetapi sekadar mahu membuka mata rakyat tentang helahnya,” katanya.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz menyatakan beliau gembira sekiranya tidak dilantik berikutan masalah kesihatan selain faktor kehadirannya dalam mesyuarat di Kuala Lumpur yang kurang memberangsangkan, dan bersedia sekiranya tidak dilantik semula.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa dalam Pas. Mengikut Pindaan Perlembagaan Pas yang dibuat pada Muktamar Agung ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am Pas yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu pada 1982-1987, sebelum diambil alih oleh Nik Abdul Aziz sehingga kini.

takut ker hehe..

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.