PAS minta polis siasat berita ‘Agong tolak Mansor’

Sabri Said

KEPALA BATAS, 22 April: PAS Pulau Pinang mendesak pihak polis menyiasat segera usaha melagakan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) negeri antara Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Ellias Zakaria dan Timbalan Ketua Menteri I, Dr Mansor Othman.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Rosidi Husein berkata, PAS sendiri akur dengan perlantikan Ustaz Ellias oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin walaupun pada dasarnya mengemukakan nama TKM 1 dalam mesyuarat PAS Negeri.

"Persoalanya sekarang tidak timbul langsung isu ini sebaliknya PAS akur dengan keputusan berkenaan. Tetapi kenapa akhbar Berita Harian semalam sengaja membesarkan tajuk 'Agong tolak Mansor' seolah ada tangan hitam untuk melagakan antara Ustaz Ellias dan Dr Mansor dan pihak istana," ujarnya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara (SPU).

Sepatutnya, kata beliau akhbar arus perdana menumpukan pemberitaan pembangunan negara bukannya asyik melagakan individu untuk kepentingan politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada 25 April ini.

“Mungkin itu merupakan usaha terbaru untuk merenggangkan hubungan antara TKM 1 dan YDP Maipp serta hubungan antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” ujarnya.

1 comment

ikan said...

dr mansor is my boss masa projek tekun di usm, ustaz elias is my lecturer tamadun islam ms kt usm dua2 mmg hebat so x de hal diaorg mmg ok klu berita harian nk wat berita bodoh biaq pi la yg ptg dua-dua mmg hebat...

Powered by Blogger.