Pelajar IPT dilarang berkempen di Hulu Selangor
KUALA KUBU BAHRU, 22 Apr – Semua penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dilarang sama sekali berkempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan di sini hari ini berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penuntut yang terlibat dalam kegiatan berkempen.
Tindakan akan diambil mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
Pilihan raya kecil Ahad ini menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional(BN) P. Kamalanathan, ketua penerangan MIC dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
– BERNAMA
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment