PERKASA buat laporan polis terhadap Karpal, esok

Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Wira PERKASA, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.

"Kami Wira PERKASA menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum membuat laporan polis terhadap Karpal kerana menghina Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bernama melaporkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Presiden GPMS Jais Abd Karim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada jam 10.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu semalam jelas bertujuan menghuru-harakan keadaan dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

"Jadi kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah kami membuat laporan polis dan mahukan perkara ini disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya.

bagus dah.perkasa ditubuhkan kerja tolong report untuk umno jer

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.