Program Hulu Selangor dirancang lebih awal

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata memberi sumbangan kepada penduduk di Hulu Selangor tidak seharusnya dilihat sebagai perlanggaran peraturan kerana program tersebut telah dirancang lebih awal.

Menurutnya, Kerajaan Pusat sebenarnya sering mengagihkan sumbangan kepada kawasan tertentu pada setiap masa dan bukan hanya ketika musim pada pilihan raya.

“Kerajaan BN sentiasa bekerja sepanjang masa, secara kebetulan Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal dunia, jadi tidak mungkin kita hentikan program kita di sana.

“Jadi tuduhan yang mengatakan BN melanggar peraturan pilihan raya adalah tuduhan yang tidak berasas sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian di Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh yang menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) itu melanggar peraturan pilihan raya menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Menurutnya, perbuatan seperti Ditanya mengenai aduan yang mengatakan pemimpin BN menggunakan platform kerajaan untuk memancing undi, Lajim menjelaskan perkara tersebut sukar diasingkan oleh pemimpin parti kerana peserta program selalunya bukan hanya dihadiri oleh penduduk tetapi ahli parti.

“Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, amat sukar sebenarnya untuk asingkan dalam majlis kerana mereka yang datang bukan hanya orang parti, jadi kita kena bercakap kedua-dua perkara.

“Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Selangor, mereka datang sebagai kapasiti Kerajaan Negeri dan sudah tentu mereka memancing undi,” katanya


tolong la..rakyat tak bodoh macam menteri!

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.