"Saya Rela Digantung Daripada Parlimen", Anwar
SG TENGI 5 Apr - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau rela digantung daripada menghadiri sidang Parlimen berhubung pendedahan hubungkait kerajaan Umno-Barisan Nasional dengan firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide yang pro-Zionis Israel.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebaliknya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tampil menjawab persoalan yang beliau timbulkan di dalam Parlimen antara kaitan APCO dengan bahagian perisikan Israel, Shin Bet serta butiran perjanjian yang ditandatangi antara kerajaan dengan firma tersebut.
"Esok (Isnin) mereka (Ahli Parlimen Umno-BN) akan mengemukakan usul untuk menghadapkan saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dengan tujuan untuk menggantung saya mungkin tiga, enam bulan atau lebih. Saya bersedia menghadapi tindakan mereka itu kalau ini bermakna saya mendedahkan mengenai terhadap risiko keselamatan negara melalui perjanjian kerajaan dengan APCO.
"Saya sudah bongkar cerita APCO tetapi sehingga kini Najib tidak jawab apa yang saya tanya," kata Anwar semasa beucap pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Kampung Desa Maju, Sg Tengi semalam.
Anwar juga membidas Pergerakan Pemuda Umno yang seringkali menjadikan amalan menghunus keris apabila menuduh beliau mengkhianati Melayu tetapi senyap bila berhadapan dengan isu APCO.
"Mana dia Pemuda Umno yang suka menghunus keris, kononnya nak mempertahankan hak Melayu. Kenapa senyap bila kerajaan sendiri bersekongkol dengan firma yang dipimpin oleh bekas Ketua Perisikan Israel? Mengapa mereka terus menyokong perasuah dan penindas yang menjadi agen kepada APCO dan mengkhianati kepentingan Melayu?," tanya Anwar lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment