Sidang DUN Selangor tidak berubah di sebalik penamaan calon: Speaker
SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadual bermula dari 12 hingga 19 April ini akan berlangsung seperti yang ditetapkan, kata Speakernya, Teng Chang Khim hari ini.
Beliau berkata, buat masa ini tarikh dan tempoh persidangan itu tidak berubah sekalipun proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor diadakan pada 17 April.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan tarikh persidangan dewan akan ditunda atau dipercepatkan berikutan pilihan raya kecil itu, di sini.
"Saya juga tidak tahu...pengurusan dewan bergantung kepada berapa (jumlah) rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh kerajaan. Kalau banyak nak dihabiskan kita habiskan, kalau tak ada habis awal," katanya.
Teng berkata, selain pembentangan dan pembahasan rang undang-undang, dewan juga akan membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada hari perasmian persidangan 12 April ini.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 17 April dan pembuangan undi pada 25 April. - Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment