Untung Hasil Penjualan Pasir Diagih Kepada Rakyat Selangor

SG TENGI 5 Apr - Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata 10 peratus daripada keuntungan penjualan pasir sepanjang tahun ini akan diperuntukkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung diseluruh negeri Selangor.

Berucap pada Majlis Penerangan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Felda Sg Tengi semalam beliau berkata melalui urus tadbir yang lebih telus dan profesional melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, penjualan pasir telah meningkat kepada 500,000 metrik tan dengan keuntungan sebanyak RM3.5 juta sebulan.

"Ini jauh berbeza semasa pentadbiran Barisan Nasional di mana kerajaan negeri hanya memperolehi keuntungan RM2.7 juta setahun.

"Jumlah penjualan pasir dijangka akan meningkat apabila kita mengeluarkan lesen kepada tanah milik individu dan tahun ini kita harap dapat mengutip RM30 juta. 10 peratus daripada jumlah ini akan kita agihkan kepada JKKK," kata Yaakob.

Beliau berkata berbeza dengan Umno-BN yang hanya pandai membuat janji kepada rakyat tetapi tidak menunaikannya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor sebaliknya menyegerakan sebahagian daripada janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.

Inii termasuk 20 meter padu air percuma, skim warga emas dan khairat kematian, tabung pendidikan dan terbaru perlaksaan program mikrokredit bagi membantu usahawan kecil.

"Di Selangor kami wakil rakyat hanya menjadi pelaksana amanah yang diberikan rakyat. Rakyat adalah bos kami tetapi di bawah Umno-BN mereka kata kami adalah bos dan harta negeri adalah hak kami, rakyat marhaen jangan tanya apa-apa dan ikut sahaja," ujar beliau.

Sehubungan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berkata kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat tekah membawa perubahan besar sejak dua tahun memerintah dan aka terus melaksanakan program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor tujuan utamanya ialah untuk memperkasakan hak ekonomi rakyat melalui dasar yang telah kita laksanakan.

"Baru kami mentadbir kerajaan negeri bermacam-macam mampu kami lakaukan, belum lagi kita mentadbir kerajaan pusat.

"Umpamanya kita bercadang daripada keuntungan besar Petronas, 10 peratus akan kami agihkan kepada program pembasmian kemiskinan, 10 peratus lagi kepada skim pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan 10 peratus untuk meningkat mutu perkhidmatan kesihatan," kata Saari.

Justeru itu Saari menyeru kepada pengundi Huu Selangor agar memberi sokongan padu kepada calon KEADILAN-Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil 25 April depan kerana Hulu Selangor adalah jalan penting menuju ke Putrajaya.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.