Walau tewas Pakatan Rakyat tetap Bersyukur – Nik Aziz

Oleh Hasnan Yahya

KOTA BHARU,26 Apr-PAS tetap melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang berpihak kepada BN dalam Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor semalam. Walaupun kalah, pejuang parti tetap kena cekal dalam menghadapi suasana ini.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan hari ini berkata perjuangan parti tidak terhenti begitu sahaja malah ia akan diteruskan sepanjang masa.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek”ujar beliau.

Nik Aziz juga berkata Nabi Muhammad saw terpaksa pindah ke Madinah kerana tak dapat bina kerajaan di Mekah kerana dikuasai oleh golongan yang sombong dengan Allah. Akhirnya Nabi berpindah ke Madinah, begitu juga PAS dulu kita bersama dengan BN tetapi mereka tak kenang budi kita,maka kita berpindah dan kini bersama dalam Pakatan Rakyat pula.

Kerjasama antara parti dalam Pakatan Rakyat kini semakin kukuh dan kekalahan di Hulu Selangor tidak mematahkan semangat perjuangan parti.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang”katanya lagi.

Menurut Nik Aziz lagi, manusia kini sudah semakin sedar bahawa hidup sekarang ni bukan sekadar untuk mainan tetapi untuk bekalan di Akhirat juga.

“Manusia sudah yakin ada kehidupan lain selepas ini iaitu di Akhirat dan akan disoal seperti umur, harta dan sebagainya”ujarnya lagi.

Mengulas PRK Hulu Selangor, Nik Aziz berkata sokongan dari pelbagai kaum sudah semakin meningkat dan ini menggambarkan mereka boleh menerima Pakatan Rakyat.

Menyentuh soal kreadibiliti calon pula, beliau berkata itu sudah dibuat oleh jawatankuasa pemilihan dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Biasalah tu kalau calon tu menang, ia akan dipuji dan kalau kalah ada yang mengeji pulak”kata beliau.

Menyentuh tanggapan sesetengah pihak PAS kurang memberi kerjasama dalam PRK tersebut, Nik Aziz berkata orang PAS yang menjadi kompenen dalam Pakatan Rakyat tidak biasa dalam pilihanraya kecil dan kalau ada PRK sebegini, mereka ni berhadapan dengan pelbagai jentera dari pihak parti lawan.

Pilihanraya kecil P94 Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi oleh BN dengan majorit 1725 undi itu masih tidak mendapat sasaran yang ditetapkan oleh BN yang menganggarkan akan mendapat sehingga melebih 5000 undi

No comments

Powered by Blogger.