Kenyataan Nisbah 1:40 Mengarut Dan Berunsur Perkauman
Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 29 Jun - DAP membantah sekeras-sekerasnya kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda Umno bahawa pendaftaran pengundi baru di seluruh negara adalah dalam nisbah satu Melayu sementara 40 bagi bukan Melayu selepas 2008.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke berkata DAP menyifatkan kenyataan itu sebagai palsu, mengarut serta berbaur perkauman.
"Ini satu kenyataan yang mengandungi fakta yang cukup salah dan palsu dan ini tak mungkin berlaku kerana pada 2009 mengikut satu laporan dalam Berita Harian sendiri, pendaftaran pemilih yang terbanyak adalah datangnya daripada Umno, bukannya DAP, bukannya parti-parti lain tetapi Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu di muka hadapan akhbar Berita Harian berkata, senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Rasah itu turut mempertikaikan kenyataan tersebut seraya menganggap ia menyentuh aspek perkauman dengan menyatakan politik Melayu akan terancam jika orang Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi.
"Laporan itu juga mengandungi kenyataan berunsur perkauman kerana ia seolah-olah menakutkan orang Melayu bahawa jika orang Melayu, pengundi-pengundi muda Melayu tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi, maka kuasa politik Melayu akan terancam di Malaysia.
"Persoalannya adakah pemilih baru yang didaftarkan oleh Umno adalah bukan Melayu?" tegas Anthony.
Jelas beliau, menurut Suruhanjaya Pilihanraya, jumlah pengundi baru yang berdaftar sejak 2008 adalah dari Umno dan 70 peratus bumiputera manakala 30 peratus pendaftar bukan bumiputera.
“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.
Anthony juga berpendapat, pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.
"Saya mencabar Pemuda Umno kalau benar-benar mereka takut ini menjadi satu kenyataan, apakah dia sanggup untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik.
"Kalau dia bimbang pengundi Melayu akan berkurangan, kita buat pendaftaran pemilih secara automatik, apakah dia sanggup?
"Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama dengan Khairy untuk diserahkan kepada Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen,” katanya.

No comments
Post a Comment