Anak dibunuh kerana menangis ketika Piala Dunia
CHICAGO 29 Jun - Seorang lelaki Texas sanggup membunuh anak perempuan tirinya berusia dua tahun gara-gara kanak-kanak itu enggan berhenti menangis ketika perlawanan Piala Dunia sedang berlangsung.
Hector Castro, 28, memukul kanak-kanak itu beberapa kali menyebabkan tulang rusuk mangsa patah sebelum mencekiknya ketika perlawanan antara Amerika Syarikat dan Ghana sedang berlangsung Sabtu lalu, lapor The McAllen Monitor.
Suspek kemudian menyumbat sebatang skru ke dalam tekak mangsa untuk menunjukkan seolah-olah ia satu kemalangan sebelum memanggil ambulan, lapor akhbar Texas.
Ternyata skru tersebut bukan penyebab kematian dan polis segera dipanggil ke apartmen tersebut di mana empat lagi kanak-kanak yang ada di kediaman itu didapati selamat. - AFP

No comments
Post a Comment