PKR Kuala Selangor sokong MB
KUALA SELANGOR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor menyatakan muafakat sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri ini.
Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, sebahagian kecil bekas ahli jawatankuasa PKR yang membuat kenyataan media agar mendesak Khalid mengundur diri adalah tidak perlu dilayan.
Menurutnya, ini kerana mereka langsung tidak mewakili suara-suara kepimpinan cabang dan juga akar umbi malah kenyataan yang dikeluarkan juga bermotifkan kepentingan politik individu semata-mata.
“Kami mewakili suara akar umbi PKR di cabang Kuala Selangor bertekad dan taat setia kepada agenda perjuangan PKR dan terus memastikan agenda kepentingan PKR sentiasa didokong oleh rakyat.
“Turut menegaskan, kami menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid yang mempunyai daya kepimpinan dan pengurusan negeri yang berintegriti, bebas rasuah dan profesional,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.
Beliau berkata, pihaknya terus memberi sokongan mantap kepada Abdul Khalid untuk terus membawa agenda perubahan dan keadilan di negeri ini.
“Malah, kami menolak sebarang cubaan dan komplot untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
“Selain itu, harapan besar rakyat Selangor untuk memastikan individu yang mempunyai gaya kepimpinan seperti beliau yang berkeupayaan memenuhi aspirasi rakyat yang mengharapkan kepimpinan berbeza,” katanya.
Ezli berkata, PKR Cabang Kuala Selangor akan terus bersama-sama dengan Abdul Khalid memberikan sumbangan idea dan tenaga bagi memastikan agenda perubahan serta keadilan di negeri ini yang menjadi harapan baru rakyat mampu direalisasikan serta diterjemahkan.
“Justeru, selaku kepimpinan dan anggota PKR di Cabang Kuala Selangor dan ranting-ranting menyatakan sokongan mantap kami kepada Tan Sri Abdul Khalid,” katanya.

No comments
Post a Comment