Tambak Johor: Pak Lah serah kepada kerajaan pusat
KEPALA BATAS, 27 Jun — Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu pembinaan jambatan Johor harus diserahkan kepada kerajaan pusat untuk tindakan seterusnya.
Ini kerana kata beliau, kerajaan lebih tahu mengenai apa yang harus dilakukan memandangkan ianya projek yang besar.
“Serah kepada kerajaan untuk kaji. Ini projek besar dan kerajaan sendiri tahu apa nak buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Puteri Umno Kepala Batas, di sini hari ini.
Abdullah yang juga Ketua Umno Bahagian itu diminta mengulas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam yang meminta kerajaan pusat mempertimbangkan semula pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.
Antara lain, baginda bertitah pembinaan jambatan baru itu akan menyelesaikan banyak masalah termasuk masalah pencemaran laut yang terpaksa ditanggung rakyat Johor, khususnya di Johor Baru. — Bernama

No comments
Post a Comment