Turki tutup ruang udara
ANKARA - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan penutupan ruang udara negara itu kepada Israel berkuatkuasa serta-merta.
Agensi berita Anatolia memetik Erdogan sebagai berkata kepada wakil media di Toronto, Kanada bahawa larangan itu dikenakan berikutan tindakan tentera Israel menyerang kapal :Mavi Marmara: yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.:
Dalam serangan pada 31 Mei lalu, lapan aktivis kemanusiaan warga Turki dan Amerika Syarikat terbunuh.
Susulan serangan itu, Turki mengarahkan dutanya di Israel pulang, manakala latihan ketenteraan kedua-dua negara turut dibatalkan.
Turki membuat keputusan mengurangkan hubungan ketenteraan dan perdagangan dengan Israel selagi regim Zionis itu tidak memohon maaf atas kesalahan melakukan serangan ke atas :Mavi Marmara: serta memulangkan kesemua barangan yang dirampas dari kapal berkenaan.
Turki juga mahu Israel bersetuju membenarkan sebuah suruhanjaya antarabangsa menyiasat insiden serangan tentera Israel ke atas kapal itu, selain membayar pampasan kepada keluarga aktivis yang terkorban.

No comments
Post a Comment