Retreat PKR berakhir tanpa sentuh ‘nasib’ MB Selangor
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
SHAH ALAM, 27 Jun — Retreat dua hari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir hari ini tidak membangkitkan secara langsung mengenai kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi hanya menyentuh soal kelemahan penerangan PKR terutamanya di Selangor.
PKR mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang ini selepas retreat berakhir tengah hari tadi.
Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor, yang disebut-sebut menjadi sasaran digulingkan kepimpinan oleh 15 Ahli Parlimen parti itu, tidak menghadiri retreat yang bermula petang semalam.
Beliau yang tiba tengah hari ini tidak menemui wartawan.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan dalam retreat itu cuma membincangkan mengenai kelemahan penerangan di negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Untuk memperkukuhkan serta memantapkan parti kita perlu meningkatkan soal penerangan parti kerana ia masih lagi lemah.
“Jadi dari segi organisasi soal penerangan ini memang perlu dipertingkatkan di semua kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Jika penerangan lemah sukar untuk kita bekerjasama, jadi ia perlu diperbaiki dan dipertingkatkan,” kata beliau ketika ditemui selepas retreat PKR dekat sini.
Beliau berkata penerangan dan penglibatan anggota parti di peringkat cabang dalam perhubungan negeri perlu dipertingkatkan.
“Ini kerana anggota peringkat cabang perlu tahu apa perhubungan negeri buat begitu juga sebaliknya.
“Jadi semua kepimpinan parti perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan di Selangor.
“Ini kerana apa yang merisaukan adalah kerajaan yang kita menang tidak menunjukkan kekuatan dan kegagahan kita, apabila bercakap mengenai Selangor parti tertinggal di belakang,” katanya.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata bukan Khalid seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi semua kepimpian parti patut bersama-sama untuk menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata sesi retreat itu membicangkan untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Kita tidak bincangkan secara terperinci mengenai pentadbiran Selangor.
“Isu yang paling penting adalah bagaimana untuk memperkukuhkan prestasi negeri Pakatan Rakyat yang mana Selangor merupakan sebahagian daripadanya,” katanya.
Beliau berkata retreat itu turut menyentuh soal konsep, prinsip, hala tuju dan strategi yang mana setiap kelemahan dan kekuatan perlu diambil kira.
“Resolusi hari adalah mengenai aspek pengukuhan parti, penerangan dan formula kemenangan.
“Semuanya telah dikupas dengan mendalam hari ini dan akhirnya kita berjaya merangka satu kerangka ke Putrajaya.
“Kita juga membincangkan mengenai kelemahan dan kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat yang mana Selangor adalah sebahagian daripadanya,” katanya.
Difahamkan sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata Khalid juga telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran selepas ditegur ketika kongres parti itu.
“Beliau (Khalid) telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran dengan mengemaskini penerangan Selangor.
“Selain itu beberapa tindakan lain sudah diambil Khalid bagi mengemaskini sistem pentadbiran negeri,” katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan wujudnnya konpirasi untuk menjatuhkan Khalid.
“Apabila ditanya mengenai konspirasi itu saya sendiri pening kepala memikirkan siapa 15 ahli parlimen itu.
“Saya percaya media yang memulakannya, ia satu dakwaan yang tidak berasas,” katanya.

No comments
Post a Comment