Anwar Sangkal Dakwaan Zaid Anak Emas
KUALA LUMPUR, 29 Jun - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan lantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan sebagai 'anak emas' beliau adalah tidak benar.
Anwar dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang petang tadi berkata Zaid tidak diberikan apa-apa keistimewaan berhubung lantikan tersebut.
"Lantikan itu memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam KEADILAN yang belum mempunyai tugas yang spesifik.
"Ini isu dalaman parti. Ada tokoh-tokoh yang kita belum berikan tugas khusus kita bagi tugas.
"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa yang selain dari itu," katanya.
Wartawan kemudiannya meminta Anwar atas dengan soalan yang membandingkan mereka yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat "keistimewaan" sama.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang mencelah dengan berkata Ketua pemuda Umno pun tidak ada jawatan dalam kabinet dan disambut ketawa oleh pihak media.
Minggu lepas, Anwar dalam mesyuarat pemukiman KEADILAN di Shah Alam telah melantik Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah, manakala Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor.
Isu perlantikan itu kemudiannya digunakan Umno kononnya wujud perpecahan dalam kepimpinan KEADILAN khususnya di Selangor.
Hadir sama pada sidang media tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

No comments
Post a Comment