Parti-parti politik utama berlumba-lumba daftar pengundi muda dan baru
KUALA LUMPUR, 27 Jun — Berikutan terdapat kira-kira empat juta pengundi yang layak memilih masih belum berdaftar, parti-parti politik utama kini berlumba-lumba untuk mendaftarkan mereka sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum akan datang yang dijadualkan pada 2013.
Kebanyakan daripada mereka ialah golongan muda yang telah mencecah umur 21 tahun dan layak untuk menjadi pengundi. Tetapi kebanyakan mereka masih tidak berbuat demikian kerana mereka biasanya tidak ambil kisah untuk mendaftar. Malaysia kini mempunyai 11 juta pemilih berdaftar daripada kira-kira 27 juta populasi.
Penganalisis politik Ong Kian Ming berkata secara keseluruhannya antara 25 dan 30 peratus pengundi di Malaysia dikatakan berumur bawah 35 tahun menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Ini amat penting jika diambil kira daripada jumlah besar mereka yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi di Malaysia. Juga akan terdapat kira-kira dua juta penduduk yang layak mengundi buat pertama kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah tambahan kepada empat juta pemilih yang layak mengundi, ramai daripadanya dipercayai berumur bawah 30 tahun, yang tidak mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008. Secara keseluruhannya, kita bercakap mengenai kira-kira enam juta pengundi berpotensi, yang kemungkinan besar, terlalu yakin dengan pendapat mereka, suka melayari Internet dan bersikap idealistik,” katanya.
Menurut Khaw Veon Szu, pengarah eksekutif Socio-Economic Development and Research Institute (SEDAR), pengundi muda dan pertama kali memainkan peranan penentu dalam pilihan raya umum lepas dan mengakibatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga dalam Parlimen. SEDAR ialah kumpulan pemikir Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
“Jika kita dilanda satu lagi gelombang seperti yang berlaku pada 2008, ini akan mengubah landskap politik Malaysia. Jika parti-parti politik mengabaikan pengundi muda dan belum berdaftar ini, mereka akan menanggung risikonya,” katanya.
Khaw berkata Gerakan telah mengguna pakai beberapa strategi, termasuk berusaha mendaftarkan golongan muda dan layak sebagai pemilih, tanpa mengira kecenderungan politik mereka.
“Setiap parti komponen cuba mendekati, cuba menyatakan sesuatu kepada golongan muda ini. Mereka melakukan “serangan” dalam dunia siber. Daripada maklum balas yang kami kumpulkan, ia masih merupakan tugas sukar bagi kami (untuk mendekati mereka),” katanya.
Oleh yang demikian, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kebanyakan parti politik telah meningkatkan usaha untuk mendaftarkan pengundi baru di seluruh negara berikutan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan pada tahun lepas sahaja, UMNO mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).
Apabila usaha itu semakin membuahkan hasil, beberapa parti politik telah menggandakan usaha mereka, contohnya PAS yang mensasarkan untuk mendaftarkan 5,000 pengundi baru di bawah program pendaftaran sepanjang tahun SPR.
Parti politik lain seperti DAP mensasarkan pertambahan kira-kira 10 peratus di setiap kawasan dengan menjalankan program pendaftaran malahan di pasar malam dan komplek beli-belah.
“Sebagai contoh, di kawasan di mana terdapat 50,000 pengundi, kami patut dapat sekurang-kurangnya 5,000 pengundi baru,” kata Ketua Pemudanya, Anthony Loke.
Perlumbaan untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi semakin sengit, terutama di negeri-negeri yang kini diperintah pembangkang atau “Pakatan Rakyat”. Sebabnya amat jelas — setiap daripada parti politik berkenaan berharap untuk mendaftarkan lebih banyak pengundi untuk menyokong mereka dan memastikan terus berkuasa.
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu mendedahkan di Selangor sahaja, terdapat lebih 700,000 pengundi yang layak di negeri itu yang masih belum berdaftar manakala di dua lagi negeri yang diperintah pakatan pembangkang, Kedah mempunyai 300,000 dan Pulau Pinang pula 200,000 pengundi yang belum berdaftar.
Ini bermakna mana-mana parti yang berjaya mendaftarkan penyokong mereka akan mempunyai kelebihan, katanya.
Seorang lagi Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, mengakui negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mungkin akan jatuh semula ke tangan BN jika pakatan pembangkang gagal untuk menarik pengundi muda.
Bagaimanapun, penganalisis politik lain seperti Dr Sivamurugan Pandian menyatakan walaupun pengundi muda dan baru begitu signifikan dalam menentukan keputusan pilihan raya umum lepas, beliau masih percaya bahawa tidak semua enam juta pengundi yang masih belum berdaftar akan berbuat demikian.
“Landskap politik semasa memainkan peranan dalam pemikiran mereka kerana sesetengah golongan muda berpendapat alternatifnya masih sama,” katanya dan menurutnya mungkin belum ada faktor yang cukup kuat untuk mendorong mereka berdaftar sebagai pengundi.
“Selagi pengundi tidak berdaftar ini tidak melihat yang ahli-ahli politik boleh dijadikan contoh dan teladan, masih sukar untuk menyakinkan mereka untuk mendaftarkan diri dan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Malahan, Dr Sivamurugan mengingatkan parti-parti politik supaya turut memberikan tumpuan kepada pengundi yang lebih tua, khususnya mereka yang mengundi pada pilihan raya umum lepas.
“Misalnya, mereka perlu faham bahawa terdapat dua kumpulan pengundi yang berbeza — bandar dan luar bandar. Tidak boleh bergantung kepada pengundi muda sahaja. Parti-parti politik juga perlu bekerjasama dengan NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan lain yang menggelar diri mereka sebagai “kuasa ketiga” yang memainkan peranan sebagai faktor penentu,” katanya. — Bernama

No comments
Post a Comment