AMK Edar 'KEADILAN' Secara Percuma Esok

SHAH ALAM 11 Julai - Angkatan Muda KEADILAN akan mengedarkan akhbar 'KEADILAN' yang baru diterbitkan oleh AMK secara tidak berkala secara percuma kepada orang ramai esok.

Menurut Setiausaha Kerja, Hasmuzair Hassan petugas serta anggota AMK akan berkumpul di pintu masuk Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur pukul 8.00 pagi untuk membantu mengedarkan 'KEADILAN'.

Kenyataan AMK hari ini menyatakan usaha yang diambil ini adalah susulan daripada komitmen parti dan AMK untuk terus menyalurkan maklumat kepada ahli.

Ketua dan pimpinan kanan AMK akan turut hadir dan membantu edaran tersebut.

Orang awam dan wakil media KECUALI Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir tanda solidariti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Penerangan AMK, Lee Kai Loon di nombor 012-225-8607.

'KEADILAN' diterbitkan oleh AMK ekoran tindakan Kementerian Dalam Negeri yang menggantung permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang tamat sah laku pemitnya pada 30 Jun lalu.

Langkah menerbitkan 'KEADILAN' adalah usaha parti untuk terus berhubung dengan ahli melalui penyampaian maklumat menegnai kegiatan parti serta ulasan isu-isu yamg mempunyai kepentingan rakyat dan negara.

Akhbar 24 mukasurat itu dijual kepada ahli dengan harga RM2 di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3360

No comments

Powered by Blogger.