Tindakan KDN Gantung Permit Suara Keadilan Tidak Gentarkan KEADILAN

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 11 Julai - Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua berkata KEADILAN akan tetap mencetak dan menerbitkan lidah rasmi parti itu seperti biasa kerana tidak ada alasan munasabah untuk parti menghentikan penerbitan akhbar itu.

Beliau menegaskan walaupun Suara Keadilan digantung penerbitannya sejak 30 lalu oleh Kementerian Dalam Negeri tindakan tersebut tidak menggentarkan KEADILAN yang pernah berhadapan dengan tindakan KDN menggantung akhbar itu pada 2008.

"Kita tetap akan melaksanakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan kita tidak akan tunduk kepada ugutan pihak yang berkenaan.

"Kita akan mengambil sikap tunggu dan lihat apakah tindakan KDN kepada kita tetapi tidak alasan untuk kita memberhentikan penerbitan akhbar rasmi KEADILAN ini," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Akhbar 'KEADILAN' terbitan Angkatan Muda KEADILAN mula diedarkan ke seluruh negara mulai semalam dan dijual kepada ahli pada harga RM2 senaskah dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

AMK akan mengadakan aktiviti pengedarkan 'KEADILAN' secara percuma kepada ahli di pintu masuk Stesen LRT Masjid Jamek bermula pukul 8.00 pagi esok.

No comments

Powered by Blogger.