Anwar Pertikai Sikap Dwi Standar Dalam Isu Apco

Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 2 Jul - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulai yang seakan mengamalkan dwi standar berhubung kes merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu kaitan 1Malaysia dengan Apco Worldwide dan isu dakwaan mengelirukan Dewan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Isu Apco kembali hangat dalam perbahasan parlimen semalam apabila Anwar berkata Speaker boleh menerima penjelasan Apco bahawa syarikat tersebut tidak terbabit dalam konsep One Israel yang pernah di bawa oleh bekas Perdana Menteri negara Zionis, Ehud Barak pada awal 1990-an.

Kata Anwar lagi sikap yang ambil lain pula dalam pendedahan beliau mengenai kaitan 1Malaysia dan Apco yang dilandaskan kepada hujah dan bukti dokumen yang kukuh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Pematang Pauh mempersoalkan Speaker kenapa penjelasan dan bukti-bukti yang dikemukannya tidak diterima pakai sedangkan satu surat yang dihantar oleh Apco sudah cukup untuk mengheretnya ke jawatankuasa tersebut.

"Bukti telah dikemukakan begitu juga penjelasan kenapa ia tidak digunapakai, sedangkan satu surat dari Apco sudah cukup untuk mengheret saya ke jawatankuasa terbabit.

"Seolah-olah Apco mempunyai kekuatan luar biasa sehingga tidak boleh disentuh langsung oleh ahli-ahli yang berhormat," jelas Anwar.

Anwar yang menambah pendedahan tersebut tidak pernah mendapat penjelasan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada benar atau tidak.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang mempertikaikan kenapa Anwar dihadap ke jawatankuasa terbabit sedangkan isu yang di bawa Anwar dan Dr Ng mempunyai maksud yang sama.

"Kenapa dalam kes Ketua Pembangkang beliau di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sedangkan keadaan kedua-duanya sama, kalau Anwar dikatakan mengelirukan Dewan maka Menteri Perlancongan juga telah mengelirukan Dewan.

"Anwar tidak berniat untuk mengelirukan Dewan tetapi apa yang dikatakan itu mempunyai fakta dan bukti-bukti yang cukup," hujahnya.

Pandikar kemudian menjelaskan wujud perbezaan tipis berhubung kedua-dua kes tersebut dan Anwar telah pun diberi peluang membuat penjelasan namun masih mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

Tambahnya lagi tindakan untuk merujuk Anwar telah dipersetujui oleh majoriti ahli Dewan, selain itu juga beliau menyatakan ada menerima surat daripada Apco yang menafikan dakwaan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep One Israel.

"Saya bukan hakim yang boleh membuat keputusan apabila mendengar hujah dan dalam hal Permatang Pauh, yang membuat keputusan ialah majlis, setelah berbahas panjang," katanya.

Speaker bagaimanapun tegas dengan pendiriannya dan turut menafikan berlaku dwi standar dalam kes

Sebelum itu pertelagahan berlaku apabila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Menteri Pelancongan dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa telah mengelirukan Dewan.

Teresa berkata kekeliruan itu berhubung isu kos pembinaan Astaka Pavilion Malaysia di Expo Dunia Shanghai yang diberitahu oleh menteri di dalam Dewan semalam hanya berharga RM20 juta sahaja, namun melalui jawapan bertulis yang diterima oleh Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pada 15 Jun lalu menteri itu berkata kosnya adalah RM35 juta.

Ketika mendapatkan penjelasan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap Dr Ng tidak berniat untuk mengelirukan Dewan dan mungkin tersilap dan menjawab sambil lewa ataupun salah maklumat yang diberikan oleh pegawainya.

No comments

Powered by Blogger.