Apakah Itu PERKASA?
Viktor Wong, Malaysia Chronicle
Apakah itu perkasa? Perkataan itu sebenarnya bermakna suatu yang mulia dan suci. Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali untuk melihat perkataan tersebut telah disalahgunakan oleh sekumpulan orang yang berkelakuan langsung tidak menyerupai manusia.
Oleh sebab itulah, kami telah memilih untuk menulis perkataan tersebut di dalam huruf kecil walaupun ianya telah digunakan sebagai nama rasmi kumpulan tersebut. Perkataan tersebut bukannya suatu istilah yang mulia dan suci lagi kerana ia telah dicemari dengan dosa-dosa yang sungguh tiada bandinganya.
Kenapa pula mereka mempergunakan (bukan menggunakan) perkataan perkasa sebagai gelaran kumpulan mereka? Persoalan ini sungguh mudah untuk dijawab. Kerana mereka selalu di dalam ketakutan.
Mereka ini yang sering di dalam keadaan ketakutan telah tidak mempunyai jalan lain kecuali menakutkan orang lain agar ketakutan mereka sendiri akan "hilang". Apa yang mereka takutkan selama ini? Banyak ketakutan dan kebimbangan di dalam sanubari mereka.
Mereka takut menghadapi kebenaran, mereka takut menghadapi jalan yang benar, mereka takut kepada ketelusan, mereka takut kepada keberkesanan, mereka takut kepada keadilan, mereka takut kepada kesaksamaan, mereka takut kepada arus perubahan, mereka takut kepada aliran semasa, mereka takut kepada masyarakat-masyarakat lain di sekeliling mereka, mereka takut menghadapi cabaran, mereka takut untuk bersaing secara sihat dan mereka takut akan segala-galanya di sekeliling mereka selama ini.
Oleh kerana mereka sering ketakutan, mereka beralih kepada mengancam agar keperkasaan mereka dapat ditonjol kepada umum yang mereka ini mempunyai darjat yang lebih tinggi dan berkuasa daripada yang lain, lantas mengancam yang lain agar tidak mencabar dan menyoal kononnya "hak" mereka.
Apakah "hak" mereka itu sebenarnya? Kononnya "perlindungan" untuk meneruskan kehidupan mereka. Mereka takut "perlindungan" mereka akan hilang pada suatu hari nanti. Ketakutan mereka ini berterusan walaupun di dalam mimpi mereka.
Dan untuk menyemarak lagi rasa ketakutan mereka itu, mereka menerbit pula akhbar mingguan mereka untuk menyebarkan khabar ketakutan mereka kepada orang ramai agar ketakutan mereka ini dikongsi sekali untuk dihuru-harakan keadaan.
Akhbar tersebut bertujuan untuk "menyuarakan keperkasaan" mereka kepada umum agar orang ramai juga akan merasakan diri mereka terancam. Apakah itu benar-benar perkasa?
Sebaliknya, ianya lebih memainkan peranan sebagai "suara pengganas" secara menyeluruh. Ia sungguh mengancam, membenci, menghasut, mendendami dan asyik maki memaki hamun tanpa sebarang sebab. Tidak ada sifat kemanusiaan langsung di dalam hati sanubari mereka.
Jadi, perkasa sangatkah mereka ini? Sebenarnya tidak. Langsung tidak memiliki sebarang sifat kemanusiaan yang tulen. Malah kumpulan ini juga langsung tidak layak berada setaraf walaupun makluk berkaki empat ataupun enam.
Kami amat berdukacita, perkataan perkasa itu telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya oleh segolongan makluk sedemikian. Sungguh keji perbuatan mereka ini.
Walaubagaimanapun, kami juga amat bersimpati dengan mereka kerana mereka tidak berpeluang untuk menikmati gaya hidup sebagai manusia yang jati.

No comments
Post a Comment