Jimat RM750 juta, Tiris RM28 bilion

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional mendakwa dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM750 juta dengan menarik balik subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan menaikkan harga minyak, gas dan gula,

Pada masa yang sama sehingga kini, kerajaan BN bukan sahaja gagal mengutip ketirisan perbelanjaan sebanyak RM28 bilion, bahkan tidak mampu menjelaskan bagaimana wang kerajaan sebanyak itu telah hilang.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata kerajaan turut mendakwa sekiranya pelarasan subsidi tidak dbuat, kerajaan Malaysia akan muflis menjelang tahun 2019.

Beliau menyelar kenyataan tersebut dan menyatakan bukan subsidi yang akan menjadikan negara muflis, tetapi perbuatan rasuah dan penyelewengan yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan BN.

"Sebenarnya bukan subsidi yang akan menjadikan negara bangkrap tetapi amalan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Umno dan BN,"katanya ketika berucap dalam majlis penerangan Pakatan Rakyat di Jalan Kelantan, disini 16 Julai..

Pada 5 Februari lalu, ketika berucapmerasmikan portal berita KonsumerKINI, Ahli Parlimen Johor Bharu, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata kerajaan gagal memberikan penjelasan tentang ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan sebanyak RM28 bilion.

Beliau, yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, ketirisan perbelanjaan itu telah dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris pada bulan Oktober 2009, dengan memetik kenyataan daripada Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara.BO

No comments

Powered by Blogger.