Jui Meng Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Johor

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Johor parti itu baru-baru ini.

"Keputusan ini dicapai dalam satu mesyuarat Biro Politik Pusat PKR pada 7 Julai lalu dan beliau akan memulakan tugas dengan serta merta," kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataaanya semalam.

Saifuddin berkata PKR mengalu-alukan sumbangan Datuk Chua dan yakin beliau mampu memantapkan lagi organisasi parti negeri Johor dan memacukan lagi persiapan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

No comments

Powered by Blogger.