Kalimat muluk untuk melembukan rakyat

Oleh shahil

"Penyelarasan harga barang...itulah kalimat yang baru yang paling tepat untuk kenaikan harga barang pada abad ini. Kalimat penyelarasan ini seolah-olah menunjukkan kalimat kenaikan harga adalah tidak tepat dan salah sama sekali.

Semalam harga minyak petrol Rm1.85 seliter. Hari ini dah bertambah Rm0.05 seliter. Apakah ini penyelarasan? Demikian juga dengan harga tepung, minyak amsak dan apa sahaja barang berkaitan. Apakah ini bukan kenaikan? Hanya orang dungu sahaja boleh mengakui perubahan Rm0.05 itu hanya pelarasan.

Pak menteri bercakappun macam orang dungu. Dikatanya dalam tempoh sepuluh tahun sahaja Malaysia akan bankrap kalau subsidi ditarik balik. PAk mentei ini ingat rakyat semuanya dungu ke? Yang membankrapkan negara ialah perbelanjaan yang tidak ketahuan itu. Macam Felda harta tunainya menyusut dengan mendadak itulah contoh perbelanjaan tak ketahuan. Dan hasilnya apabila subsidi ditarik balik, ialah "penyelarasan harga barang"

Macam kata Dr. MAZA dalam blognya mempunyai maksud yang sama. Kerajaan menarik balik subsidi untuk menjimatkan wang negara tetapi perbalanjaan yang boros dan tak ketahuan menghabiskan wang negara. Empangan Bakun tak siap-siap entah berapa kali penambahan perbelanjaan. Inilah punca kebankrapan kerajaan kelak bukannya menarik balik subsidi.

Pak menteri bila nak tarik sesuatu yang berkaitan dengan rakyat ambil perbandingan Tahailandlah, Indonesialah, Indialah. Tetapi mengapa tidak mengambil contoh England yang menyediakan subsidi kepada penganggur? Oh nanti dikata pula supaya tidak mahu mendidik rakyat makan tidur sahaja. Tapi itu menteri tidur dalam parlimen dan banyak kerusi kosong itu apa?

Penyelarasan harga...amboi muluknya bahasa...macam memulukkan kalimat "zina" dari ALLah kepada "seks bebas" dari terjemahan "free seks" Barat.

Logiknya penyelaran ialah, jika asal harga minyak kari Rm5.00 dan gula Rm5.00...Olehkerana gula lebih penting, maka harga gula diturunkan Rm3.00 dan harga kari dinaikkan Rm7.00. Ini baru betul penyelarasan harga yang mana budak sekolahpun faham. Ini naik harga dikatakan penyelarasan...Omong kosong.

Mengatakan kenaikan harga itu sebagai penyelaran adlah satu pembohongan. Dan pembohongan adalah penipuan. Hadith mengatakan "Mana-mana pemimpin Islam yang memimpin orang Islam, dan ia mati dalam menipu mereka maka ALLah Taala mengharamkannya syurga".

Tak takutkah pak menteri Islam ini dengan ancaman ALLah Taala melalui lidah RasulNya itu? Minta maap...Takut kepada ALLah Taala tandanya menuruti suruh dan meninggalkan tegah ALLAh Taala secara syumul...Dah kalau hukum hakam disepak terajang, takut apa namanya.

"Setiap orang bebas berkata-kata tetapi belum tentu bebas setelah berkata-kata"

Wassalam.

No comments

Powered by Blogger.