Langkah bijak "pencuri" zaman moden

Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Keputusan Ketua Menteri Sabah Musa Aman untuk membeli semula sebahagian dari 60,000 hektar tanah subur di daerah Pitas dan Kota Marudu, di mana kerajaan negeri melepaskannya kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu, menimbulkan tanda tanya.

Musa mengumumkan minggu ini bahawa pengambil-alihan dan pengagihan semula tanah itu kepada penduduk pribumi, di mana beberapa tahun lalu, mereka merayu supaya tidak menyerahkan tanah itu kepada syarikat berkenaan.

Menyifatkan keputusan Musa sebagai "pencurian di siang hari", Timbalan Presiden Kumpulan Hak Kepentingan Bersama Malaysia (CigMa), Daniel John Jambun berkata, "ini merupakan langkah bijak pencuri zaman moden".

Pengumuman Ketua Menteri seolah-olah Barisan Nasional sekarang ini mengakui kesilapan menyerahkan 60,000 hektar tanah tersebut.

"Tapi kenapa BN pada awalnya tidak mendengar keluhan dan rayuan daripada penduduk pribumi di 35 buah kampung yang terlibat?" soal beliau.

"Musa mendakwa langkah awal terdahulu adalah disebabkan keputusan yang dibuat oleh para pemimpin BN yang lalu. Saya cabar beliau menamakan para pemimpin BN supaya kebenaran terserlah."

Jumlah wang yang besar

Daniel, juga seorang pemimpin yang senior PKR Sabah berkata, pada kebiasaannya di Sabah di bawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) ialah apabila sesuatu keputusan menyentuh sejumlah wang rakyat yang besar dibuat, terdapat beberapa individu yang membuat wang yang banyak tanpa bersusah payah.

"Semuanya mengenai wang. Kali terakhir, para penduduk pribumi di Pitas dan Kota Marudu menentang secara habis-habisan. Tapi kali ini, kerajaan BN yang sama tidak mengendahkannya kerana wang.

Beli semula tanah libat wang rakyat

"Jika tidak kerana wang, para pemimpin BN akan mendengar cakap mereka. Sekarang ini, kerajaan negeri mahu mengambil-alih semula tanah itu dari syarikat tersebut. Ini bermaksa sekali lagi wang rakyat digunakan.

"Ini merupakan pencurian secara terang-terangan. Bukankah begitu?," katanya, menambah usaha pengambil-alihan semula tanah akan menelan belanja berjuta-juta ringgit dari wang perbendaharaan, walaupun melibatkan sebahagian kecil sahaja dari 60,000 hektar dari tanah tersebut.

"Dan seperti biasa, datang seorang yang rapat dengan pihak berkuasa, Tuhan tahu, akan membuat duit," kata Daniel kepada FMT hari ini.

"Oleh itu katanya, menjadi kesilapan rakyat di Kota Marudu dan Pitas jua, kerana mereka terus mengundi Umno-BN.

Dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, mereka harus memikirkan dengan semasak-masaknya atau generasi mereka yang akan datang akan mengalami kerugian yang lebih banyak……" beliau memberi amaran kepada kaumnya sendiri, yang kebanyakannya terdiri daripada etnik Rungus, Kimaragang dan Dusun.

Daniel berkata, Musa nampak bermain politik untuk memujuk penyokong tradisi Maximus Ongkili, ahli parlimen Kota Marudu, yang tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dan BN akan tewas pada PRU nanti.

Mereka akan kalah akibat dari skandal tanah, kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan dan ketiadaan pengongsian kuasa secara saksama di kalangan parti-parti komponen BN.

Maximus membayangkan bahawa, kecuali tiga isu ini diselesaikan segera, kerajaan akan mengalami kerugian pada PRU akan datang.

No comments

Powered by Blogger.