Murugiah Bakal Sertai MIC


Oleh WANI MUTHIAH


KLANG: MIC hari ini bersetuju untuk menerima permohonan bekas orang kuat Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk T Murugiah untuk menyertai parti itu.

Menurut sumber parti itu, keputusan dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Khamis.

Murugiah, yang memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dibuang daripada PPP oleh bekas mentornya, Presiden PPP, Datuk M. Kayveas.

Menurut sumber dalam parti itu lagi, Murugiah digemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang tekun dan berpotensi dilihat akan menjadi satu aset untuk MIC, yang pada masa ini ditimpa pelbagai masalah.

"Pemimpin parti percaya Murugiah boleh membantu menghidupkan semula parti itu, yang berada dalam keadaan kritikal pada masa ini," katanya.

Pelantikan Murugiah dibuat ekoran daripada keputusan parti itu untuk tidak menerima rayuan daripada ketua bahagian Petaling Jaya Selatan MIC, V Subramaniam, yang juga dikenali sebagai Barath Maniam, mengenai penyingkirannya.

No comments

Powered by Blogger.