Najib Pun Dok Rasa PRU13 Ada Tsunami Ke 2
Amaran Najib tsunami politik kedua jika Umno abai empat faktor
PEKAN, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti Umno sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.
Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
“Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu,” kata beliau dipetik Bernama merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.
Najib berkata faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.
“Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya,” katanya.
Menurutnya tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.
“Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai Umno bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.
Katanya soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

No comments
Post a Comment