PAS perlu RM30 juta untuk PRU

Di sekitar lobi Parlimen

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: PAS memerlukan sebanyak RM30 juta bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengarah pilihan raya parti itu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Bercakap kepada FMT di lobi parlimen beliau berkata, sekarang ini kami sedang berusaha untuk mendapatkan sejumlah wang tersebut kerana setiap peti undi memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000.

Ditanya bagaimana wang sebanyak itu boleh diperolehi, beliau berkata, “tentunya kita berusaha dengan pelbagai cara termasuk sumbangan ahli dan pihak-pihak yang mahu membantu perjuangan kita.

Dalam pada itu, tokoh veteran PAS itu berkata, kedudukan terkini 60 peratus pengundi Melayu masih memberi sokongan kepada parti Islam itu. Tetapi di kawasan-kawasan tertentu sokongan kepada PAS dan Umno sama banyak.

Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa berkata, pengundi kaum Cina juga lebih menyokong Pakatan Rakyat sebagaimana ketika PRU lalu.

Katanya, PAS yakin mengekal kerajaan Kelantan dan Kedah manakala Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan PKR dan DAP.

Menurut beliau, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah untuk mengekalkan sokongan kepada Pakatan di kalangan pengundi.

No comments

Powered by Blogger.