Sistem 4-4-2 tidak lagi berkesan

Bahagian Akhir: Era Pos Piala Dunia

PRETORIA: "Anda dapat melihat perbezaannya dalam perlawanan antara Jerman dan Argentina. Jerman mempunyai pemain-pemain terlibat dalam dua fasa manakala Argentina pula mempunyai ramai pemain yang tidak memikirkan untuk bertahan dan mereka membayar harganya – Jerman membelasah mereka 4-0," kata Bergomi.

Contoh paling ketara ialah wujudnya pemain forward yang mempunyai dua peranan iaitu Lukas Podolski dari Jerman – pada suatu ketika merupakan striker tradisional yang kini bergerak jauh di garisan, memotong masuk untuk membantu Mioslav Klose apabila Jerman melancarkan serangan. Tetapi dia turun kembali ke kawasannya, sejauh di posisi pemain fullback apabila mereka perlu bertahan.

Dalam corak pertahanan, Paraguay menunjukkan lebih banyak faedahnya jika mereka kembali berada di belakang bola apabila hilang penguasaan bola.

Pasukan yang dibimbing oleh Gerardo Martino ini, mengambil ilham dari jurulatih Itali Arrigo Sacchi yang memberi ‘tekanan’ pada tahap baru dengan pemain-pemain penyerang turun membantu untuk mengawal pemain-pemain fullback lawan.

Bergomi berkata taktik yang betul-betul baru dalam konteks Piala Dunia di Afrika Selatan ini ialah daripada pemain Mexico, Rafael Marquez yang bermain di posisi di depan dua pemain pertahanan tengah.

"Satu perkara yang jarang berlaku ini alah saya lihat dengan kedudukan ini Mexico boleh menggalakkan dua pemain fullback menyerang hingga ke atas dua sudut padang," katanya.

Pasukan-pasukan yang bermain formasi taktik yang kaku dan stereotaip kelihatan bergelut dalam perlawanan mereka.

Taktik lama 4-4-2 England, dengan stail berhati-hati jurulatih Itali mereka, Fabio Capello, kelihatan ketinggalan zaman. Corak permainan New Zealand yang membuat hantaran jauh dengan pertahanan yang baik menghasilkan tiga perlawanan seri, kelihatan berada di era yang lain.

Pertukaran maklumat bergerak begitu pantas dan meluas dewasa ini dalam perlawanan global ini yang memperlihatkan tidak banyak perbezaan apabila Jepun menggunakan sistem yang sama seperti Sepanyol dengan meletakkan Keisuke Honda sebagai striker tunggal.

Adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan sama ada empat tahap formasi yang fleksibel ini boleh kekal sehingga Piala Dunia di Brazil pada 2014 nanti. Tetapi sukar untuk kita melihat sistem 4-4-2 kekal, sistem yang mendominasi perlawanan bolasepak dengan
begitu lama.

- Reuters

No comments

Powered by Blogger.