SPRM Apa Citer? Main-main Hantar Soalan

PUTRAJAYA, 2 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengemukakan soalan kepada P.Balasubramaniam melalui peguamnya, untuk dijawab oleh penyiasat persendirian itu.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu telah dikirim oleh SPRM melalui kurier pada petang ini kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu.

Katanya Americk telah bersetuju untuk memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.
“Kita telah menghubungi Americk dan mencadangkan mengemukakan soalan kepada Balasubramaniam dalam bentuk akuan bersumpah atau afidavit.

“Peguam Balasubramaniam itu melalui emel semalam bersetuju untuk mengemukakan soalan tersebut kepada dia (Balasubramaniam) dan turut bersetuju ia dihantar melalui kurier,” katanya di sini. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.