Suaram Puji Langkah Selangor Bentang Enakmen Kebebasan Maklumat, Gesa Luaskan Ke Seluruh Negara

SHAH ALAM 8 Julai - Pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengalu-alukan langkah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor untuk membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) pada sidang Dewan Negeri yang bersidang dari 12 hingga 16 Julai depan.

Dalam satu kenyataan hari ini Suaram berkata badan itu teruja dengan pengumuman kerajaan negeri bahawa rakyat Selangro telah memberikan maklum balas yang amat memberangsangkan kepada cadangan penggubalan enakmen tersebut.

"Suaram amat berharap proses mendapatkan maklum balas orang ramai adalah komrehenasif, inklusif dan bermakna. Sehubungan ini Suaram akan memantau perkara ini bagi memastikan kerajaan negeri Selangor merangkumi semua pihak yang berkepentingan.

"Suaram juga yakin Enakmen Kebebesan Maklumat ini ini satu langkah kedepan yang amat penting dalam proses pendemokrasian negara yang memungkinkan orang ramai memunyai akses kepada maklumat berkepentingan awam. Sesungguhnya ini adalah perkembangan yang positif di mana sebelum ini senarai panjang maklumat di rahsiakan atas alasan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA)," kata Koordinator Suaram, Moon Hui.

Badan itu juga mearik perhatian terhadap beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan dana awam dan penyelewengan dalam projek kerajaan yang sehingga kini tidak dijawab kerana maklumat mengenainya diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah OSA.

Ini termasuk urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan (yang diterajuim oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Pertahanan), skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kos pembangunannya melambung daripada RM1.9 bilion kepada RM12.5 bilion.

"Ini hanyalah dua contoh kes yang membabitkan salah guna dana awam oleh kerajaan. Kerajaan mesti dipertangungjawabkan dalam semua kes ini.

"Suaram menggesa kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengikuti jejak langkah serta inisiatif Selangor untuk menggubal enakmen ini di bawah pentadbiran masing-masing. Kerajaan Persekutuan juga harus memberhentikan penguatkuasaanOSA dan seterusnya memansuhkannya," tegas Mooh Hui lagi.

Suaram dan badan bukan kerajaan lain akan menawarkan kepakaran dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor untuk mempopularkan FOI dan mendapatkan maklum balas orang ramai.

Suaram juga komited untuk membabitkan kerajaan negeri lain dan juga kerajaan pusat agar FOI di laksanakan.

No comments

Powered by Blogger.